Tuesday, May 5, 2009

selamat hari ibu.....



Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul)  
  
Bila dahaga, yang susukan aku....mak  
Bila lapar, yang suapkan aku....mak  
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak  
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak  
Bila nak bermanja, aku dekati....mak  
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak  
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak  
Bila nakal, yang memarahi aku....mak  
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak  
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak  
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak  
Aku selalu teringatkan ....mak  
Bila sedih, aku mesti talipon....mak  
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak  
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak  
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak  
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak  
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak  
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak  
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak  
Yang selalu puji aku....mak  
Yang selalu nasihat aku....mak  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak  
   
Aku ada pasangan hidup sendiri....  
   
Bila seronok, aku cari....pasanganku  
Bila sedih, aku cari....mak 
   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku  
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak  
   
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku  
Bila berduka, aku peluk erat....emakku  
   
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku  
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak  
   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" 
   
Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 
   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak 
   
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku  
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak  
   
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?  
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  
   
Tapi kalau mak sudah tiada....... ... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....  
   
 Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 


Hargailah emak semasa dia masih ada...

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

50 langkah menjadi suami mithali....ahaks...



kebetulan kawan-kawan den ramai nak menikah..so den kongsi la tips2 yang berkaitan utk dorg gak,,,malah den pun samo..ahaks...renung-renungkan selamat beramal....

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi suami mithali sebagaimana yang telah digariskan oleh Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Semoga bermanfaat:


1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke
tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.


27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahb ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah..

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Wallahu a’lam

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Sunday, May 3, 2009

Kepercayaan, Keyakinan atau Beriman

(to ukhti shakira,,ana cilok artikel anti,,best)

Ramai manusia akan mengatakan bahawa kehidupan adalah ciptaan dan kehendak tuhan. Tuhan itu ujud dan berkuasa. Bagaimana setiap orang menganggap tuhan itu, bergantunglah pada ilmu memasing yang diwarisi.Bagi penganut-penganut agama mereka percaya tuhan dan hari kiamat, surga dan neraka.Sesungguhnya agama itu datang dari tuhan yang satu melainkan manusia yang mengubah kebenaran yang satu.Memasing mengatakan jalanmereka betul dan mereka sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran sehabis-habisnya dalam mengesakan tuhan.Dunia akan kiamat disuatu hari nanti. Semua manusia dan ciptaan akan musnah dan manusia akan hidup kembali untuk perhitungan. Sejauh mana manusia yakin dan merasa takut dengan kedatangan hari tersebut adalah sukar dianalisakan.Dikalangan umat Islam sendiri dapat dilihat bagaimana mereka menghabiskan usia hidup selama didunia sedangkan peringatan tuhan adalah lebih jelas didalam ajaran Alquran berbanding dengan ajaran-ajaran lain. Umat Islam sendiri tidak akan beriman dengan kitab selain Alquran kerana mereka telah yakin dengan ajaran agama Islam dan mengenal tuhan yang layak disembah.Begitu juga dengan agama selain Islam tidak akan menukar keyakinan dan pegangan mereka melainkan Allah memberi hidayah. Dalam apa jua agama, derjat kesedaran manusia tentang tuhan,tentang janji tuhan, hal hari kiamat ,mengikut ajaran yang sebenarnya dan berbagai perkara yang akanberlaku dihari kiamat adalah sama sahaja.Ada manusia hanya percaya sahaja dan hatinya masih kuat meragui kebenaran dan ini adalah sebenarnya tidak beriman.Ada pula percaya dan hati lebih berat kepada kebenaran. Ini berkemungkinan akan cepat mendapat kesedaran. Ada pula yang yakin tapi masih lalai dan merasakan ada kesempatanuntuk membuat persediaan. Kepercayaan sebegini umpama iman turun, naik dan berada dalam kelalaian dan cinta dunia.Amatlah sukar bagi umat akhir zaman untuk beriman seperti mana dizaman para nabi namun Allah memberi banyak peluang kepada umat manusia berfikir dan sedar akan peringatan tuhan itu adalah benar. Allah telah melakukan berbagai cara dalam menyedarkan manusia dan kebanyakan manusia disedarkan dengan dihambat kepada kesedaran.Manusia akan lambat sedar dan akan terus lalai sekiranya diberi anugerah nikmat.Mereka yang beramal tanpa ilmu dan memahami serta menggunakan akal fikiran untuk menuju jalan kebenaran akan mudah digoda oleh keinginan dunia. Semakin hampir ia menuju kebenaran semakin besar ujian yang diterimasehingga iman digoncang dengan egoncangnya.Beruntunglah orang-orang yang Allah jayakan usaha mereka membersihkan diri dari sifat-sifat kehinaan manusia yang mana diciptakan tiada daya upaya untuk mengatasi semua itu.Manusia tidak boleh mengambil alasan tiada daya upaya itu sebagai meninggalkan usaha amal kejalan kebenaran. Kerana itu adalah semata-mata tuhan memberianugerah sifat lemah untuk mansia sedar dan kembali menyerah diri kepada Allah yang lebih berkuasa.Jika telah sedar akan hakikat kelemahan itu maka segeralah memikirkan jalan bagaimana boleh Allah memberi kekuatan kepada manusia melawan segala kehendak diri dan berserah kepada tuhan dengan tanpa mengutukanAllah dengan apa jua bentuk pengutuan sama ada yang nampak atau tersembunyi dalam hati berbentuk akidah bertuhan.Adalah amat sukar sekali bagi manusia untuk menyempurnakan hak jiwa sebagaimana asalnya yang datang bersih dan kembali bersih. Pembersihan jiwa yang mencapai makrifat dan hakikat adalah memerlukan pengorbanan yang besar dan tidak ramai dikalangan manusia yang sanggup mengambil jalan itu. Jalan sebagaimana amalan ahli-ahli sufi. Diakhir zaman gulungan sufi dan ahli yang mempelajari ilmu tasawuf adalah tidak serupa jika dibandingkan dengan zaman ulama-ulama terdahulu.Perbezaan zaman bukanlah alasan bagi umat akhir ini untuk mencapainya. Sememangnya zaman dahulu bentuk hiburan dan kemajuan dunia berbeza namun hakikat keinginan cinta dunia adalah serupa.Ujian kepahitan dan kesusahan adalah lebih hebat dizaman dahulu namun mereka boleh lalui.Usahlah keliru dengan perubahan zaman yang serba maju dengan berbagai pancaroba kehidupan canggih.Kesibokan manusia tidak akan tamat dalam mencari kecukupan dan keperluan hidup.Akhirnya manusia dilalaikan dari tanggung jawab hidup beribadat kerana Allah semata-mata dan keperluan dunia bukan Allah jadikan sebagai keutamaan melainkan kadar memberi kehidupan.Konsep ajaran Islam telah jelas dan manusia hanya perlu memahami dan menunaikan kehendak tuhan dalam ibadahnya.Apa yang dikehendaki tuhan adalah akhirat negara yang kekal dan nikmat yang sebenar.Manusia tidak perlu usaha dan bersusah payah melainkan didunia tempat mereka bersusah payah.Maka layaklah bagi orang yang sabar,ikhlas dan berkoban kerana yakin akan janji Allah untuk balasan surga. Kesenangna dunia hanya sebagai jalan kemudahan mereka menunaikan kerja ibadah sahaja dan tidak mengambillebih dari itu melainkan dibelanjakan kejalan agama Allah.Manusia yang benar-benar telah beriman dan mengesakan Allah dalam semua amal perbuatannya pasti tiada kebimbangan dan ketakutan kerana telah yakin bahawa Allah akan menolong serta memberi kejayaan dunia akhirat.Kesusahan bagi orang beriman adalah nikmat merasakan diri dikasihi Allah dan kurnia kesenangan pula bukanlah kerana nikmat kelazatan kurnia itu sebaliknya dapat melihat kasih sayang Allah kepada hambanya.Adalah menjadi kewajiban orang yang telah sedar menyedarkan yang lain. Yang kekurangan diwajibkan menuntut ilmu sehingga mata hati yang melihat. Hanya mata hati sahaja yang dapat melihat kebenaran Allah kerana hati akan memandang dengan ilmu Allah.

Tuesday, April 28, 2009

serasi atau saling melengkapi



Oleh umar khalil

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)
Perkahwinan merupakan suatu konsep perhubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Perkahwinan dikatakan mampu mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.Perkahwinan juga menjanjikan ketenteraman dan kedamaian jiwa serta perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selain itu, perkahwinan bakal melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita dan juga lelaki. Perkahwinan dari aspek agama Islam amat luas dan lengkap. Ia mencakupi hal yang berkaitan ibadah dan sunnah.

Selain melaksanakan tuntutan fitrah manusia, pasangan yang berkahwin juga akan menjalani hidup yang lebih teratur dan beradab dengan adanya konsep perkahwinan.Namun, sejauh mana konsep perkahwinan difahami oleh pasangan suami isteri kalaupun bukan dari aspek tuntutan agama. Dalam tempoh lima tahun antara 1999 hingga 2004 kadar perceraian pasangan Islam nyata jauh lebih tinggi dari bukan Islam di negara ini. Mengikut statistik yang disebut oleh Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen seramai 69,000 pasangan Islam bercerai dalam tempoh itu manakala bukan Islam sebanyak 13,000 kes.Pada tahun 2005 sahaja seramai 16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai.Jumlah yang disebutkan di atas menuntut setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga, memahami konsep perkahwinan, pengisian dan hal-hal lain yang membolehkan perkahwinan itu kekal selamanya.Mengapa pasangan Islam paling ramai berhadapan dengan situasi pernceraian? Persoalan ini menuntut jawapan yang sudah pasti berkait rapat dengan tanggungjawab dan fitrah perkahwinan itu sendiri yang terkandung di dalam al-Quran.Sudah pasti juga jawapan yang diberi ialah memahami konsep perkahwinan dalam Islam yang mendamba tanggungjawab kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Tanggungjawab yang dimainkan harus disulami dengan keimanan dan ketakwaan serta yang paling utama keredhaan daripada Allah s.w.t.Ada pasangan yang berkahwin mendakwa mereka mahu hidup bersama kerana antara mereka mempunyai persefahaman, kesamaan dan keserasian yang tinggi.

Mereka yakin, dengan ‘kebersamaan’ itu, mereka akan dapat melayari bahtera perkahwinan dengan baik. Namun, perceraian berlaku juga.Satu konsep yang dilupakan oleh kebanyakan pasangan sama ada Islam atau bukan Islam ialah perkahwinan merupakan satu keadaan saling melengkapi dan saling perlu memerlukan antara suami dan isteri. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga.Wanita sebagai pasangan kepada lelaki dikatakan tercipta dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat di hati agar ia dicintai dan terletak dekat tangan, rasionalnya agar ia dilindungi. Wanita tercipta bukan daripada bahagian ubun-ubun, rasionalnya agar ia tidak menjadi tinggi (hati). Dia juga tidak tercipta dari tulang tumit kaki, agar tidak diinjak-injak (harga dirinya).

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan.” (Riwayat Bukhari)Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah, dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.”Dalam anatomi tulang rusuk atau iga (Latin: ‘costae’) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk.) Tulang rusuk melindungi dada (Latin: ‘thorax’), paru-paru, jantung, hati dan organ dalam lainnya di rongga dada.Melalui penerangan itu, jelas menunjukkan antara lelaki dan wanita, suami dan isteri mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi dan bukannya memfokus kepada keserasian semata dalam perkahwinan.

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara postif dan membina.Kerana tidak memahami konsep perkahwinan yang saling melengkapi ini jugalah, seringkali penceraian yang berlaku antara pasangan akan disusuli dengan kata-kata ‘tiada keserasian’ atau ‘tiada kesefahaman’ lagi.Konsep saling melengkapi amat mudah. Seumpama menambah garam ke dalam lauk yang tawar, menambah gula ke dalam air yang tawar. Begitu juga dengan suami isteri. Saling menerima kelemahan masing-masing. Melengkapi kelemahan itu dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Setiap manusia tidak sempurna. Oleh hal yang demikian itulah konsep perkahwinan diadakan untuk menyempurnakan kehidupan seseorang manusia.

Perbuatan memandang kelemahan pasangan sebagai sesuatu yang menyusahkan boleh membawa kepada ketidakpuasan hati seterusnya berlaku penceraian. Oleh sebab itu, setiap pasangan suami isteri harus membetulkan niat perkahwinan mereka, seterusnya menanam dalam diri bahawa perkahwinan bukan suatu medium yang hanya bertujuan untuk memberi bahagia semata, tetapi juga perkahwinan menjadi titik tolak untuk kita mempelajari sesuatu serta melengkapkan lagi hidup seseorang di dunia.

Renung kata-kata ini:
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tidak setulus Zulaikha,
Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jika tidak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
Jika diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w.
 
Design By iEn © 2008 - 2010 | Best Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox | Back To Top