Tuesday, April 28, 2009

serasi atau saling melengkapi



Oleh umar khalil

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)
Perkahwinan merupakan suatu konsep perhubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Perkahwinan dikatakan mampu mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.Perkahwinan juga menjanjikan ketenteraman dan kedamaian jiwa serta perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selain itu, perkahwinan bakal melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita dan juga lelaki. Perkahwinan dari aspek agama Islam amat luas dan lengkap. Ia mencakupi hal yang berkaitan ibadah dan sunnah.

Selain melaksanakan tuntutan fitrah manusia, pasangan yang berkahwin juga akan menjalani hidup yang lebih teratur dan beradab dengan adanya konsep perkahwinan.Namun, sejauh mana konsep perkahwinan difahami oleh pasangan suami isteri kalaupun bukan dari aspek tuntutan agama. Dalam tempoh lima tahun antara 1999 hingga 2004 kadar perceraian pasangan Islam nyata jauh lebih tinggi dari bukan Islam di negara ini. Mengikut statistik yang disebut oleh Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen seramai 69,000 pasangan Islam bercerai dalam tempoh itu manakala bukan Islam sebanyak 13,000 kes.Pada tahun 2005 sahaja seramai 16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai.Jumlah yang disebutkan di atas menuntut setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga, memahami konsep perkahwinan, pengisian dan hal-hal lain yang membolehkan perkahwinan itu kekal selamanya.Mengapa pasangan Islam paling ramai berhadapan dengan situasi pernceraian? Persoalan ini menuntut jawapan yang sudah pasti berkait rapat dengan tanggungjawab dan fitrah perkahwinan itu sendiri yang terkandung di dalam al-Quran.Sudah pasti juga jawapan yang diberi ialah memahami konsep perkahwinan dalam Islam yang mendamba tanggungjawab kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Tanggungjawab yang dimainkan harus disulami dengan keimanan dan ketakwaan serta yang paling utama keredhaan daripada Allah s.w.t.Ada pasangan yang berkahwin mendakwa mereka mahu hidup bersama kerana antara mereka mempunyai persefahaman, kesamaan dan keserasian yang tinggi.

Mereka yakin, dengan ‘kebersamaan’ itu, mereka akan dapat melayari bahtera perkahwinan dengan baik. Namun, perceraian berlaku juga.Satu konsep yang dilupakan oleh kebanyakan pasangan sama ada Islam atau bukan Islam ialah perkahwinan merupakan satu keadaan saling melengkapi dan saling perlu memerlukan antara suami dan isteri. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga.Wanita sebagai pasangan kepada lelaki dikatakan tercipta dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat di hati agar ia dicintai dan terletak dekat tangan, rasionalnya agar ia dilindungi. Wanita tercipta bukan daripada bahagian ubun-ubun, rasionalnya agar ia tidak menjadi tinggi (hati). Dia juga tidak tercipta dari tulang tumit kaki, agar tidak diinjak-injak (harga dirinya).

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan.” (Riwayat Bukhari)Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah, dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.”Dalam anatomi tulang rusuk atau iga (Latin: ‘costae’) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk.) Tulang rusuk melindungi dada (Latin: ‘thorax’), paru-paru, jantung, hati dan organ dalam lainnya di rongga dada.Melalui penerangan itu, jelas menunjukkan antara lelaki dan wanita, suami dan isteri mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi dan bukannya memfokus kepada keserasian semata dalam perkahwinan.

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara postif dan membina.Kerana tidak memahami konsep perkahwinan yang saling melengkapi ini jugalah, seringkali penceraian yang berlaku antara pasangan akan disusuli dengan kata-kata ‘tiada keserasian’ atau ‘tiada kesefahaman’ lagi.Konsep saling melengkapi amat mudah. Seumpama menambah garam ke dalam lauk yang tawar, menambah gula ke dalam air yang tawar. Begitu juga dengan suami isteri. Saling menerima kelemahan masing-masing. Melengkapi kelemahan itu dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Setiap manusia tidak sempurna. Oleh hal yang demikian itulah konsep perkahwinan diadakan untuk menyempurnakan kehidupan seseorang manusia.

Perbuatan memandang kelemahan pasangan sebagai sesuatu yang menyusahkan boleh membawa kepada ketidakpuasan hati seterusnya berlaku penceraian. Oleh sebab itu, setiap pasangan suami isteri harus membetulkan niat perkahwinan mereka, seterusnya menanam dalam diri bahawa perkahwinan bukan suatu medium yang hanya bertujuan untuk memberi bahagia semata, tetapi juga perkahwinan menjadi titik tolak untuk kita mempelajari sesuatu serta melengkapkan lagi hidup seseorang di dunia.

Renung kata-kata ini:
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tidak setulus Zulaikha,
Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jika tidak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
Jika diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w.

undangan walimah TAUFEQ BIN YAZID

KALAU KURANG JELAS,,LEH CLICK KAT PICTURE K..

ADMIN CORRUM85,MENGUCAPKAN TAHNIAH,DAN SELAMAT PENGANTIN BARU,..ORG PERTAMO NAK UCAPKAN..AHAKS..



Monday, April 27, 2009

berbual dengan binatang....



cerita di pesta buku


Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi..tamat sudah pesta buku antarabangsa 2009.untuk hari ni..aku seperti biasa akan cuba cerita la serba sedikit tentang dalam tempoh 10 hari ni tentang perkara-perkara menarik dalam 10 berlangsungnya pesta buku ni...mcm2 cerita nak aku karangkan..tapi nak cerita-cerita best je la.takmau cerita-cerita sedihkan..kang ingat aku nak mintak simpati pulok..huhuhuhu.....


seperti tahun-tahun sebelum ni,KLBF mmg menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua
penerbit buku di Malaysia,malah penerbit diluar negara pun sama terlibat..alhamdulillah,,tahun ni,adalah tahun kedua aku melibatkan diri dalam pesta buku sebagai peserta mewakili publisher emedia..dan..saatnya..bermula hari jumaat iaini hari pertama lagi,orang memang ramai,tapi biasa la,,,hari pertama adalah hari cuci mata bagi pengunjung-pengunjung di pwtc tu.sbb hari pertama tu survey2 je...dan sabtu plak..huuuuu mmg ramai gile,,aku naik pening n serabut tgk lautan manusia di dalam dewan tu..dengan keadaan sesak...cukup menyesakkan..kami peserta kena la tahan..pengalaman lalu mengajar aku handle keadaan seperti tu...(pehal ayat aku skema ni,huuu....)
ok aku start cerita tentang hari ahad,,aku ingat lagi tahun lepas,,dimana aku dipertemukan dengan warga-warga ukhwah...dan tahun ni..aku mengoferkan diri berusaha mengumpulkan semua warga-warga ukhwah untuk turun KLIBF 09..alhamdulillah..dorg turun gak,,cume,,kaler maroon tak menepati tema kali ini..huuu..xpe yang penting antum semua turun..spesel thanks kat sirat,muslimin23,owl_um,daeng jati,sailormoon,kwn2 sirat dari mn ntah,trover,,dan tak ketinggalan jugak kepada team2 muslimat,,biase la muke2 tegar dalam mana2 aktiviti..kak sadiqah,,shye,,srikandi khaulah(mcm name madu,..ahaks,,),,nur kesucian,,ismi atikah,,ummu safiah,dan tak aku lupakan,org kuat ukhwah,,kak simple shida..tp aku rasa ade name yang tertinggal la..sape ek??hurmmmm......haa....ardani...baru ingat..lupe plak yang dia antara insan yang awal hadir untuk aktiviti jj (jalan-jalan)ni..
aku pun tak dapat sertai dorg g bershoping buku sangat,,sbb aku ade tugas yang perlu aku pikul..so aku hapy tgk dorg menziarahi aku di booth....terharu?huhu sebenarnya aku malu,,n jeles,,tak dapt join dorg memborong buku..huhuhu....tapi takpe...aku tak heran la...(ayat jeles,,huhuhu)....thanks shye,,dtg kat booth sy,,sy xreti la majuk2 ni,,ahaks..


sebenarnya bebarapa ukhwahrian dah datang pada hari pertama lagi...nama-nama seperti kak simple shida,,little muslimah,,kak hanan(cik presiden),,kak istisafa,,halesolurun(btol ke ejaan ni?),,n kang dah jalan2 ke pwtc tu..dan kehadiran tak sangka-sangka kak nurkamar bsama suaminya abg shinfey de pun singgah kat booth aku...tu belum lagi are pis dengan isterinya,,terserempak..tegur la..ahaks.....

ok berbalik cite sekitar jj pesta buku ahad lepas..pas dorg shoping,,g mkn la plak..lm aku tak g mkn dgn org secara berjemaah..sambil makan borak2 ckit isu2 yg ade kene mengena dengan kami semua,,aku yang bz yang tak sempat chek emel..diberitahu oleh sahabat2 ukhwah,,ade sahabat kita merajuk...hek eleh....bleh plak mamat tu majuk,,ala setakat dengan member2 ukhwah nak majuk...blah la..(kasarnye aku,,huhuhu)..aku ckp kat owl,,ala owl biarla dia majuk,,dia bukan penting pun,,wakakakaka...sama gak dengan ko..ko ade ke xde ke owl..program ttp berjalan,,hikhikhikhihikhi.....
selesai mkn,,aku kuar n g tunaikan kewajipan sbg hambaNya,..dan sambung keje smula..mari2 meh beli buku....
tahun ni..aku rasa amat bertuah...dapat tgk direct tuan guru nik aziz nik mat,,seorg ulama yg aku kagumi....dia dtg ke klibf utk merasmikan buku zaujahnya,,BIDADARI DARI
TIMUR..huu...best gak buku tu,,bagi kaum muslimat elok la beli..dan hari berikutnya,,hal yang aku tak sangka2...tuan guru hj awang hadi pun turun ke pesta buku..untuk merasmikan pustaka buku nufair...sempat la bergambar n bersalam dengan ulama tersebut...heheheh....pastu tgh lepak-lepak kat booth...isteri syiekh fuad dtg membeli quran digital...dan tak lama pastu azrul tegur aku,,yeid,,syiekh fuad kat belakang ko tu..aku toleh..terkejut...aku salam..bertanyakan khabar dan bertanyakan sikit2 hal kegiatan dakwahnya,,,ulama dr negeri kelahiran aku ni memang mewah dengan senyuman,riak wajahnya cukup menenangkan...
esoknye pulak,,pagi2 aku akan ke surau la..ms nak g surau terserempak dengan seorg lagu ulama..mufti perak dato harussani...terus salam dan bertanyakn khabar......isk..best btol n teruja bila dapat bertemu dengan ulama-ulama ni....

dan kesempatan aku berada pesta buku,,aku berdekatan dengan booth jundi resouces,,iaini
pengarah urusnanya ust riduan md nor...di kesempatan itu aku berbincang n bertanyakan hal2 tentang gerakan2 islam di dunia ni,,penulis yang rajin dgn hasil karya perjuangan ini tak lokek memberi ilmu dan idea...dan kami pun bersahabat....dia hadiahkan aku beberapa buku setelah aku membeli buku2 hasil karangan beliau....syabas ust riduan...



aku pun dah akhir-akhir pesta buku ni,,aku sempat amik kesempatan,,beli buku dgn harga kwn2,,ahaks...hasil persahabat dgn bos2 besar penerbit buku,,aku mmg dapat harga berlainan dr org lain..hehhee..so aku borong la buku,,aku bersyukur sangat,,rezki jual quran digital membuatkn aku berkemampuan membeli buku-buku yang aku minat..klu ikutkan belum gaji lg..so mmg takleh beli pun,..tp janji Allah utk membantu hambaNYA yang ada selitkan hajat,,DIA tetap membantu...dan aku dapat la beli bebrapa buah buku...

dan semalam pesta buku dah pun berakhir.....kepada kawan di publisher2 lain..jumpa lg akan dtg....insyaAllah...

special thanks....untuk mak,,mak,,mak dan ayah,,,kak long,kak ngah,,adik,,husna,,,kak sadiqah,,kak mar n abg fir,,sentiasa mendoakan dan memberi semangat dan nasihat kepada diri ni..terima kasih sangat,,,hny Allah akan membalas jasa kalian..

Saturday, April 25, 2009

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita



Alhamdulillah malam Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: “Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).”

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: “Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali.”

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: “Hai kamu masih hidup ya?”

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama’ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana “stress” atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Oleh Wan Ahmad Sanadi,
Ahli ISMA Shah Alam-Klang

Tuesday, April 14, 2009

Bila Orang Kafir Mula Baca Al-Quran...



Mari kita sama-sama menyemak hubungan kita masing–masing dengan al Quran. Orang yang paling banyak menceduk hidayah Allah SWT dari sumbernya iaitu al Quran, dialah orang yang taqwanya diiktiraf oleh Allah SWT. Perlu diingat taqwa itu bukan sekadar slogan-slogan sahaja tetapi ia perlu kita buktikan.Firman Allah SWT bermaksud:



"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa." (Al Baqarah:2)

Tulisan saya hari ini tidak bercadang untuk merumitkan lagi pemikiran umat Islam dengan memanjangkan lagi perbincangan mengenai hukum orang kafir membaca al Quran kerana kita telah maklum dan membaca serta mengikuti banyak pandangan mengenainya dari berbagai pihak dengan hujjah masing-masing, malah ada di kalangan kita yang ghairah membaca isu ini dari berbagai-bagai surat khabar dan laman sesawang sehingga lebih banyak helaian yang dibaca, lebih masa mengadap internet daripada helaian al Quran dan jangkamasa yang kita habiskan lebih lama dari masa yang kita peruntukan untuk kita membaca al Quran itu sendiri.Tulisan hari ini tidak bercadang membincangkan hukum orang kafir membaca Al Quran tetapi saya ingin mengajak pembaca sekelian melihat hukum orang Islam yang tidak mahu mambaca al Quran, tidak mahu mendengar al Quran, tidak mahu tunduk dengan hukum-hakam al Quran dan tidak mahu mengamalkan al Quran.Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya, setiap orang Islam wajib membaca ,memahami dan mengamalkan Al Quran. Firman Allah SWT bermaksud:

"Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al Ankabut 45)

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), dan supaya Aku sentiasa membaca Al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri." (An-Naml: 91-92)

Firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Surah Toha: 123)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." (Surah Toha: 124-127)
Malangnya hari ini, umat Islam terkejut dan terkedu apabila melihat orang kafir membaca al Quran sedangkan tawaran kepada umat Islam sendiri dibiarkan begitu sahaja.Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Orang yang mahir membaca al Quran akan bersama dengan para Nabi dan Rasul sedangkan orang yang membaca al Quran secara “merangkak-rangkak” ketika membacanya, baginya dua pahala." (6670 Sahih al Jami’)Umat islam masih tersipu-sipu malu untuk membaca al Quran walaupun ganjarannya begitu lumayan sekali Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barangsiapa yang membaca satu huruf al Quran, baginya satu pahala, satu pahala akan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (2910 Sunan Tirmizi)Malang sekali umat Islam sudah jauh berpaling dari mendekati al Quran. Golongan dewasa begitu sibuk dengan mencari kehidupan dan harta, tekun mengikuti turun naik saham dan berita sensasi di media massa sehingga tidak sempat membaca al Quran apatah lagi memahaminya, maka kehidupan pun jauhlah dari panduan al Quran.



Golongan remaja pula sibuk mengikuti perkembangan gossip artis, ahli sukan, perkembangan terbaru telefon bimbit dan dunia keremajaan. Sanggup bersengkang mata sehingga jauh malam untuk menonton perlawanan bolasepak tanpa menjelingpun kepada naskah al Quran yang sangat rindu untuk didakap dibuka dan dibaca.Pelajaran al Quran diletakkan di hujung-hujung silibus pengajian formal ataupun tidak formal malah ada cadangan al Quran dibaca dengan tulisan rumi walaupun Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada persidangannya ke-24 pada tahun 1989 memutuskan bahawa haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al Quran, untuk mengejar matlamat agar setiap anak-anak khatam juga al Quran 30 juzu’ secara kosmetik sahaja walaupun dengan membacanya dengan tulisan rumi.Marilah kita kembali kepada al Quran!
sumber;ISMA

Sunday, April 12, 2009

hebahan aktiviti



jom g pesta buku antarabangsa 2009.........




bermula 17hb april 2009 sehingga 26 april 2009




masa pada pukul 9.00 am sehingga kul 8 mlm(weekdays)




9.00 am sehingga 9.00 pm(weekends)




tempat PWTC...........




datanglah beramai....tanamkan anda suke membaca..ahakss...


-admin-

dah takda lagi alasan

by;jalal

Mengapa Berat Menunaikan Solat??

Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali.
Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur.
Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.
Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?
Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.
Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: ” Awal-awal agama mengenal Allah. ”
Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.
Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak di-kenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.
Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan. Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada berfirman:
Maksudnya: “Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ” (Al-Baqarah: Ayat 45)
Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkat-nya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang mencipta-nya.

nota kaki:sumber artikel dari http://www.rileks.info/
sumber gambar,,jalal yang emel...
p/s;thanks to jalal sbb sudi kirimkan pic yg menginsafkan...ade lg emel la lg,,ahaks..
sm2 kita amik iktibar dr ape yg ditarbiahkan...





Thursday, April 9, 2009

hebahan aktiviti

Wednesday, April 8, 2009

temanku...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai Penjaga.


Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

*Sajak drpd novel Tautan Hati.. Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin

sumbangsih!!

 


Di sinilah tempat ku bermula
Menimba ilmu milik yang Esa
Buat bekalan dunia 
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan 
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan yang mesra
Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Di sinilah tempat ku bermula
Menimba ilmu milik yang Esa
Akan kami buktikan 
Kecemerlangan dan kejayaan

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan ku kenang selalu 
Jadi panduan hidupku
Bersama kita jayakan 
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa 
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Buat guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati
Jasa nan bakti 
Kekal abadi 

Senikata & Lagu : Salleh (Brotherz)

Dakwah: Prinsip, Sebelum Peribadi

Secara kebiasaannya, dan secara lojiknya, anak murid akan terkesan dengan gurunya, yang telah memimpinnya daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kehidupan yang celaru tanpa tujuan kepada kehidupan yang jelas.

Menyedarkan makna kepuasan dalam hidup, objektifnya, dan hakikatnya. Dan membawanya daripada alam kejahilan kepada alam pengetahuan dan renungan.

Secara tabie, lojik, dan sendirinya, seseorang murid akan meneladani gurunya dengan perkara yang dirasakan elok. Tetapi adalah suatu kesilapan, sekiranya dia menganggap pendapat-pendapat gurunya dan buah-buah fikirannya itu suci daripada kekurangan, yang tidak boleh ditentang dengan lojik dan pemikiran yang membetulkannya atau menolaknya.

Jikalau itu yang berlaku, maka akal anak murid akan sentiasa terikat dengan akal gurunya, hatinya dengan hati gurunya, beramal dengan amalan gurunya, cintai apa yg dicintai, benci apa yang dibenci, bersemangat dengan apa yang gurunya bakar-bakarkan, lemah di waktu gurunya lemah, mara apabila gurunya mara, dan berundur tikamana gurunya berundur.

Mad’u seperti ini, dia tidak mengetahui bahawa dia telah melakukan satu kesilapan yang besar, kerana telah menjadikan gurunya (pendakwah) terlindung daripada dua rujukan utama yang tiada kebatilan padanya iaitu ; Al-Quran dan As-Sunnah.

Murid yang melakukan sedemikian, dia tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya telah memotong ikatan rabbani di antara dirinya dengan Penciptanya. Dialah sahaja yang telah menghulurkan segala bekalan yang berterusan tika mana manusia tiada, dan telah menunjukkan perkara benar tika mana manusia berselisih pendapat, dan telah menunjukkannya jalan tika mana dia sesat.

Ingatkah engkau kewafatan Rasulullah s.a.w?

Adakah engkau ingat penentangan yang dilakukan oleh ribuan muslimin selepas kewafatan Baginda s.a.w, untuk murtad dan tidak mahu membayar zakat? Adakah engkau ingat apa yang telah dilafazkan oleh Abu Bakr r.a ? Orang yang paling cintakan Rasul s.a.w serta paling membenarkan Baginda s.a.w, dan sungguh berseni dalam berkorban untuknya, orang yang tidak dapat membayangkan bagaimana besarnya kehilangan kekasih hati dan teman sepanjang umur?

Sesungguhnya dia telah menyeru manusia dengan lantang, sehingga terkejut setiap orang yang pernah mengenalinya sebelum ini, tika dia berkata; “Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, dan sesiapa yang menyembah Allah, maka Allah itulah yang Maha Hidup dan tidak akan mati.” Kemudian dia membaca;

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”. Surah Ali Imran: 144

Walaupun dengan sepenuh cintanya mencintai Nabi s.a.w, tetapi semua kesedaran, kefahaman, tanggungjawab, ikatan dengan fikrah dan prinsip, manhaj dan Tuhan manhaj, tidak ada baginya guru ataupun ketua, sehinggalah walaupun guru dan ketua itu Rasul s.a.w sekalipun.

Hormat terhadap guru dan orang alim

Secara pastinya, kita dituntut untuk menghormati guru-guru kita dan orang-orang alim kita, usaha mereka, pendapat mereka, buah-buah fikiran mereka, dan kita sentiasa menyebut-nyebut mereka dengan perkara-perkara yang baik. Kita juga tidak boleh membiarkan diri kita dan orang lain untuk memburuk-burukkan mereka sekiranya pendapat kita berlainan dengan mereka, dan juga tidak mempamerkan kesalahan mereka sekiranya mereka tersilap.

Ini kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kesalahan, walau setinggi mana pun ilmu dan kemampuannya. Tetapi dalam masa yang sama kita dituntut untuk tidak meninggikan mereka ke satu darjat kesucian, dan menganggap setiap yang dikatakan itu betul, dengan tidak mempertikaikan pendapat mereka, atau tanpa melihat kembali pendapat mereka, atau menolaknya. Kita juga tidak dituntut untuk menganggap apa yang bertentangan dengan lisan mereka adalah salah dan tidak boleh untuk dikaji, atau ditelaah, atau diambil darinya.

Bahaya yang tersembunyi

Apabila meningkatnya rasa cinta terhadap ulama’ dan guru-guru dan intimnya keterikatan dengan mereka, maka bermulalah suatu bencana yang bahaya dalam dakwah itu sendiri. Ini adalah kerana keterikatan yang sebegini akan menjadikan kesetiaan / wala’ seseorang kepada peribadi-peribadi dan bukan kepada dakwah itu sendiri.

Seterusnya dia akan mencari jalan-jalan untuk menampakkan kesalahan itu sebagai perkara yang betul, dan menjadikan kritikan terhadap pendapat sama seperti mengkritik peribadi.

Cara berfikir sebegini akan menjadikan seseorang itu memperjuangkan peribadi-peribadi tertentu, dilebihkan daripada memperjuangkan dakwah dan fikrah itu sendiri. Ia akan menjadikan peribadi-peribadi tersebut lebih tinggi daripada prinsip-prinsip.

Ini merupakan satu perkara yang menafikan nilai ikhlas dan tajarrud (totaliti) dalam dakwah, dan ia meletakkannya dalam bawakan angin nafsu dan semangat perkauman. Ia mencipta perasaan taksub buta bagi kumpulan-kumpulan dan mazhab-mazhab yang secara tabie dan lojiknya ia akan wujud selagimana manusia ini wujud, kerana mereka memang telah dicipta oleh Allah akan berselisih dan sentiasa berselisih.

Tetapi apa yang dirisaukan adalah, medium perbezaan pendapat dalam mazhab dan buah fikiran ini bertukar kepada tempat mencaci maki dan mengumpat, memburukkan peribadi-peribadi dan ulama’ tertentu, dan boleh jadi ia pergi kepada yang lebih jauh daripada itu, sehingga ia boleh menjejaskan asas-asas dalam akhlak islamiah dan kemanusiaan.

Sesungguhnya tautan dengan peribadi-peribadi tertentu tanpa fikrah yang dibawa akan menjadikan seseorang itu sebagai tawanan bagi sesiapa yang diikutinya. Dengan itu terpadamlah cahaya akalnya dan pandangannya, dan terhalanglah padanya banyak kebaikan, sehingga dia hidup bertentangan dengan kepentingan dakwahnya, agamanya dan dirinya sendiri.

Telah diriwayatkan oleh ahli sejarah, bahawa telah dikatakan kepada Khalid Al-Walid pada suatu hari selepas dia masuk Islam (walaupun terlewat) – beliau merupakan seseorang yang hebat berfikir dengan akalnya dan kepandaiannya, dan telah segera memeluk Islam setelah dengar mengenainya – dikatakan kepadanya;

“Di manakah akalmu wahai Khalid? Adakah engkau tidak melihat cahaya kenabian di depan matamu sebelum ini?”.

Beliau menjawab: “Sebelum ini ketua kami adalah lelaki-lelaki yang mana kami melihat mimpi-mimpi mereka seperti gunung-ganang!” –bermaksud mereka ini mengikut telunjuk ketua –pent.

Dan lebih dahsyat lagi, golongan-golongan pak turut tersebut itulah yang mula-mula sekali terjatuh dalam fitnah dan cubaan, tika mana orang yang disanjunginya itu difitnah dan dicuba. Mereka (pak turut) itu menghamparkan keyakinan dan keimanan mereka serta meluaskan pemikiran mereka terhadap peribadi-peribadi tersebut yang kadang-kadang betul kadang-kadang salah.

Namun mereka tidak meluaskan buah-buah fikiran tersebut kepada keimanan kepada Allah. Mereka berpuas hati dengan teori-teori mereka, dan mereka terus berjuang mempertahankannya ketika manusia menjauhi mereka, atau manusia mengkritik teori-teori mereka. Bahkan mereka akan lemah semangat, untuk memikul nyalaan dakwah ini kepada sesiapa selepas mereka, dan tidak mampu untuk menyempurnakan jalan ini hanya dengan mencari keredhaan Allah dan keimanan kepada dakwah mereka.

Sesungguhnya itulah sebab yang sama yang telah mendorong Umar Al-Khattab r.a untuk melucutkan jawatan panglima perang terbaik dan termasyhur dalam sejarah Islam, iaitu Khalid Al-Walid, daripada mengetuai tentera ketika saat-saat kemenangannya. Itulah dia suatu bentuk arahan yang mengejutkan kebanyakan manusia, kerana dia takut-takut bahawa orang muslimin akan mengatakan kemenangan tersebut adalah kerana Khalid, bukan kerana pertolongan Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Rawatan

Persoalan ini adalah tanggungjawab bersama di antara mad’u dan daie. Dengan peranan kedua belah pihak barulah dapat menyelesaikan masalah ini, dan mengehadkan kesan-kesan buruk kepada dakwah.

Pertama: Peranan Daie

1. Sentiasa memberi taujihat dalam mencari keredhaan Allah. Walaupun itu merupakan bentuk-bentuk individu atau peribadi, tetapi itulah cara pengajaran tradisi yang dengannya Nabi s.a.w mentarbiyah para sahabatnya. Itulah yang mendorong Abu Bakr r.a mula-mula sekali bersuara ketika di awal pelantikannya; “Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah kepada kamu, dan sekiranya aku melanggari perintah Allah, maka tiadalah ketaatan bagiku ke atas kamu”.

2. Melazimkan diri dengan ikhlas, tawadhuk dan tajarrud (total).

3. Ikatkan mad’u dengan fikrah, bukan dengan dirinya selagimana dia mampu.

4. Berani mengaku kesalahan sekiranya tersilap.

5. Mendorong untuk berfikir dan berbincang dan kreatif dalam berfikir, serta tidak mengambil pandangan orang lain sebagai maksum, wajib diikuti dan dilaksanakan.

6. Memberikan qudwah dan contoh dalam menghormati orang-orang yang bertentangan pendapat dan menyatakan sudut pandangannya, serta tidak mencela dan memburukkan mana-mana peribadi secara mutlak. Juga hanya menyebutkan perkara-perkara baik terhadap orang yang berselisihan pendapat, dengan menganggap mereka ini mujtahid, kadang-kadang betul kadang-kadang salah, seperti mana manusia lain.

7. Menerima kritikan dengan hati yang gembira, dan membalas setiap pertanyaan tanpa bosan atau mengatakan kepada pengkritik mereka ini jahil. Dan juga elakkan daripada suka berdebat.

Kedua: Peranan Mad’u

1. Bersifat Rabbani (ketuhanan) dan sentiasa menghadapkan akal, hati dan tubuh badan kepada Allah, bukan kepada peribadi.

2. Tidak meletakkan darjat sesiapapun ke darjat yang suci daripada kesilapan, dan menjadikan pendapatnya sentiasa benar itu tidak boleh dibincangkan, walaupun dalam kemampuannya dan kedudukannya di sisi manusia.

3. Sentiasa menggunakan fikiran dalam menilai apa yang diperkatakan manusia.

4. Bebas daripada peribadi-peribadi tertentu, dan memisahkan di antara pengajaran mereka dan ikut mereka secara membabi-buta kepada mereka.

5. Kemahuan untuk kreatif dan pembaharuan, dan pertambahan terhadap apa yang telah dicapai oleh orang lain, serta tidak menganggap apa yang yang telah dicapai oleh mereka itu adalah sehabisnya. Ini kerana kekreatifan bagi akal tiada sempadan.

Apabila perkara-perkara di atas berlaku, maka akan terhubunglah hati, akal dan jiwa dengan Penciptanya lebih kuat daripada mana-mana manusia. Pada ketika itulah kita tidak melihat sesiapa di depan kita melainkan Allah, sehinggalah walaupun yang berdiri di depan kita jutaan manusia. Maka kita akan terus mempertahankan prinsip-prinsip yang kita imani ini, sehinggalah walaupun semua orang melepaskan diri daripada amanah ini. Sehinggalah, walaupun tergolong dalam mereka (yang melepaskan diri itu) adalah mereka yang pernah menjadi pendokong dakwah sebelum ini.

Wallahua’lam.

Sumber: Laman ISMA Mesir

sebuah perkahwinan

alhamdulillah,,padil(presiden corrum85)selamat menjadi pemimpin family barunya pd 19hb 12.2008 lalu,,,pas waktu asar dgn status yang baru bergelar suami,,,senyap2,,diam2,,tup2 dia kawen..kami kwn2 semua tumpang gembira....kali ini yg hadir hampir semua ahli corrum85....terlanjur itu,,,,tak salah aku berkongsi sesuatu kat dlm blog ni... 

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut :
-1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."
2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.



4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.Firman Allah yang bermaksud :-
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.
5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa denganmaksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya Kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lainakan menambahserikan rumah tangga.Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: 




Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/
so leh la,,kita amik iktibar dari artikel ni,,,n ade byk lg artikel kat ukhwah.com,,,,so leh la join n lawati ukhwah.com.....
papepun..aku ucapkan tahniahk kepada padil serta isteri,,,semoga berkekalan jodohnya sampai bila2,,bg diri ini?.

salam sayang


alhamdulillah...selesai sudah wat blog yang serba ringkas ini...assalamualaikum kepada pengunjung-pengunjung blog ini..terutama sahabat-sahabat dari palong..apa khabar kawan2 semua ek..rindu pulak rasanya kepada anak-anak palong yang dah meningkat dewasa...hurmm....di kesempatan ini..aku nak mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam kerjaya.,..dan tak lupa gak yang telah beberapa orang yang menamatkan zaman bujangnya...alhamdulillah...

so...tujuan blog ni aku wujudkan..bukan la untuk bersuka-suka sahaja..blog ini seumpama blog korang gak,,cuma aku kena jaga la passwordnya..hikhikhik...nak sampaikan berita boleh,,nak sumbang artikel boleh..nak siarkan gambar boleh..cuma emelkan shj kat aku..nnt aku siarkan secepat mungkit....ok la ek...masa tak mencukupi utk den nak terus bermonolog..kalau nak komen ,,leh tru komen ye di chatbox..dan arap jangan ada yang mengaibkan sesama kita ye,,agak kurang elok untuk seorg bloger...

akhir kalam..aku memohon maaf kepada sahabat2 sekalian..jika ade kesalahan yang jelas mahupun tak sedardah aku lakukan...aku insan yang lemah lag khilaf...tak salah kiranya aku meletak bebarapa gambar aktiviti2 kita sebelum ni...sekian...

artikel;farid...

 
Design By iEn © 2008 - 2010 | Best Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox | Back To Top