Monday, May 25, 2009
Saudara… Anda adalah Pemikul Risalah
Anda… siapakah anda? Anda adalah pemikul risalah ini. Tandamu ialah benar dan amanah. Anda hendaklah dikenali sebagai seorang yang amanah dan benar.
1. Benarmu adalah pada lidah. Jangan sesekali berdusta kerana seorang beriman bukanlah seorang pendusta. Benarmu juga adalah pada benarnya niat. Jika kamu benar (niat) kerana Allah, nescaya Allah akan membenarkan kamu. Benarmu adalah pada amalan, maka janganlah terkeluar dari manhaj syara’ yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
2. Amanah anda adalah amanah dakwah. Janganlah abaikan tanggungjawab ini. Mudah-mudahan kita tidak culas daripada menunaikannya. Amanah ini telah ditolak oleh langit, bumi dan jua gunung apabila ditawarkan kepada mereka. Akhirnya amanah yang berat ini dipikul oleh manusia yang lemah.
Risalah yang kita dokongi ini ialah Islam dengan seluruh kandungannya yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Keimanan kita tidak membahagi-bahagikan Islam kepada juzuk-juzuk yang terpisah antara satu sama lain. Islam ini merangkumi aspek pentadbiran negara dan pembangunannya, ketinggian ilmu dan peradabannya, kekuatan ketenteraan dan pertahanan dari sebarang ancaman musuh, kedaulatan sebagai sebuah negara merdeka, kemajuan ekonomi dan sistem kewangan yang kukuh dan pelbagai lagi unsur ini ada di dalam Islam. Kita beriman dengannya sebagaimana kita meyakini Aqidah dan Ibadah di dalam Islam. Semuanya adalah sama.
Bertitik tolak dari kefahaman yang jelas dan terang ini kita bergerak menyebarkan Islam kepada seluruh bangsa manusia di muka bumi ini bermula dari tanah air kita yang tercinta. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah swt memulakan perjuangan mereka dengan berdakwah kepada kaum mereka. Nabi Syu’aib untuk kaum Madyan, Nabi Soleh untuk kaum Thamud. Ungkapan dakwah yang diucapkan mereka sangat lembut. Ya Qaumana…Wahai Kaum dan bangsaku. Itulah seni mereka menunaikan perintah Nubuwwah oleh Allah swt ke atas mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan, begitu juga kita semua turut diperintahkan menyampaikan risalah. (At-Tabligh).
Saudaraku, anda adalah para utusan Rasulullah saw. Di tangan anda sebuah tanggungjawab kenabian yang perlu dilaksanakan dengan segera. Lengah dan leka bukan sifat para utusan agung ini. Ketahuilah lewatnya kita sedetik bermakna lewatlah tarikh kemenangan umat ini. Cuba renungi pengajaran yang terdapat di dalam kisah Lelaki yang dicatatkan dalam surah Ya Sin. ”Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutilah Rasul-rasul itu” (Ya Sin:19). Lelaki ini bersegera berlari pantas dari hujung bandar. Iman yang mendalam ke dasar mendorong dirinya untuk berlari seolah-olah masa sudah terlewat. Juga dia berlari dari hujung bandar bukannya dari tempat yang sama. Ini menandakan kesesungguhan lelaki ini melaksanakan amanah yang ada padanya. Dia ingin melepaskan dirinya daripada segala ancaman azab di hari Akhirat nanti. Akhirnya, usaha lelaki itu diganjari Allah swt. “(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan" (Ya Sin:25-26).
Lihatlah kesungguhan dan kecintaan seorang pendakwah kepada kaumnya tidak luntur meskipun dia telah masuk ke dalam Syurga!! Ma Sya Allah! Lelaki itu masih lagi berbicara terkenangkan kaumnya di dunia sedangkan dirinya sudah diredhai Allah dan mengecapi kelazatan nikmat taman-taman syurga.
Oleh: Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat
Pengerusi ISMA-Mesir
Sumber: Blog Ustaz Shuhaib Ar-Rumy
Liberalisasi Sektor Perkhidmatan
Pada tahun 2008 sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55% dari jumlah Keluaran Negara Kasar (GDP) dan meyediakan 57% dari keseluruhan jumlah pekerjaan negara. Sumbangan ini dijangka akan mencecah ke kadar antara 60% - 70% di masa hadapan. Dari segi pelaburan, sektor perkhidmatan telah menarik sejumlah RM50.1 billion pelaburan dengan syarikat asing menyumbang sejumlah RM5.6 billion. Menurut World Trade Organisation (WTO), Malaysia merupakan 30 negara teratas di dunia di dalam mengeksport perkhidmatan dengan kadar eksport sejumlah RM102.1 billion pada tahun 2008.
Pertambahan sumbangan ini sudah tentu menuntut satu pendekatan yang agak drastik dari pihak kerajaan demi menjamin pertumbuhannya di masa-masa akan datang. Keadaan ekonomi yang meruncing masa ini yang mengakibatkan hampir 170,000 rakyat telah hilang perkerjaan, menyebabkan kerajaan agak terdesak untuk membangunkan kembali ekonomi supaya dengan itu peluang-peluang pekerjaan dapat disediakan. Ini bukan sahaja bagi mengekang kadar pengangguran dari meningkat malah memberi harapan kepada graduan universiti yang tamat pengajian yang di anggarkan berjumlah seramai 60,000 orang setahun.Ia juga selaras dengan perjanjian liberalisasi perniagaan ASEAN.
Sebenarnya isu ini sudah lama di ketengahkan oleh sebahagian usahawan negara terutama usahawan Cina yang merasakan syarat 30% ekuiti Bumiputera itu membebankan syarikat asing untuk membuka perniagaan di negara ini.
Beberapa implikasi liberalisasi ini akan berlaku :-
1. Terhapusnya peniaga kecil
Syarikat-syarikat asing yang besar akan mengunakan peluang ini untuk membuka perniagaan di sini. Kemampuan mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan syarikat-syrarikat kecil tempatan akan mengakibatkan banyak syarikat tempatan yang mungkin terpaksa gulung tikar. Peluang untuk menaikkan syarikat tempatan, terutama Bumiputera, akan terbantut.
Walaupun kerajaan menyeru rakyat, terutama Bumiputera, supaya kompetatif (level playing field), namun realitinya syarikat-syarikat tempatan Bumiputera masih jauh ketinggalan kebelakang. Kegagalan GLC sendiri untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera selama ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi lebih parah. Objektif DEB untuk mencapai 30% ekuiti Bumiputera akan menjadi bertambah jauh.
Dari aspek pekerjaan, dijangka syarikat-syarikat besar ini akan mengekalkan penguasaan mereka pada jawatan-jawatan tertinggi dan mungkin juga di peringkat pertengahan. Ini akan menyebabkan peluang anak tempatan untuk memegang jawatan penting tidak akan ada.
2. Pengaliran wang ke luar negara
Jumlah wang yang dialirkan ke luar negara akan bertambah dengan kewujudan syarikat-syarikat perkhidmatan besar ini. Ini akan menjadikan kos pertukaran wang bertambah. Balance of Payment akan menjadi negatif.
3. Kesan kepada polisi kerajaan
Dengan kehadiran syarikat-syarikat asing yang besar ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa merubah banyak polisi terutama di dalam pemberian peluang-peluang perniagaan kepada Bumiputera. Mereka sudah tentu akan mendesak kerajaan untuk memberi kontrak mengikut merit dan kemampuan syarikat bukan lagi atas dasar Bumiputera. Ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan yang mengakibatkan peniaga Bumiputera akan bertambah tersisih.
4. Penguasaan ekonomi negara oleh bangsa asing
Jika sekiranya sektor perkhidmatan ini merangkumi 60% dari GDP negara, ini bermakna bahawa sebahagian besar ekonomi negara akan dibolot oleh bangsa asing. Kalaulah kita lihat masa kini kebanyakkan kontrak-kontrak besar sudahpun terlepas kepada syarikat asing terutama dalam bidang-bidang pembangunan maka cuba bayangkan apabila syarikat asing juga akan mula menguasai bidang perkhidmatan. Apa lagi yang harus ditinggalkan untuk peniaga tempatan ?
Pembangunan ISKANDAR sudah cukup memperlihatkan bagaimana banyak tanah-tanah Melayu telah dipindah milik kepada bangsa asing, maka tidak mustahil harta-harta yang lain juga akan berpindah milik jika liberalisasi ini tidak di kawal.
Yang lebih menakutkan, kalaulah negara masih di elubungi dengan politik wang iaitu 'wang penentu jawatan', maka mungkinkah peniaga-peniaga asing ini akan pula dapat menguasai politik negara kerana mereka mampu membekalkan wang yang banyak kepada ahli-ahli politik?
Untuk itu kita menyeru pihak kerajaan supaya melihat isu ini dengan lebih mikro supaya pertumbuhan ekonomi ini dapat diagihkan kepada anak-anak tempatan terutama Bumiputera. Kita tidak menolak liberalisasi tetapi pertimbangan haruslah diberi dalam menjaga maruah bangsa dan negara. Keghairahan dalam hendak membangunkan ekonomi negara tidak harus dibuat dengan mengabaikan kepentingan bangsa sendiri.
Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
pengalaman LAPES 2
ni la sebahagian perjalanan aku layan je la........
Laporan pertama disediakan oleh saudara shafiq(owl_um)
Pengalaman Kem LAPES(LATIHAN PENINGKATAN SAHSIAH) 2 yang baru berakhir semalam di CUIS(CAHAYA UMMI ISLAMIC SCHOOL), sekolah Kak Mar. Terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput Team UC....
Facilitator:
1.ust. umar khalil
2.ust.sirat
3.abg. khalifah
4. Owl(shafiq)
5. trouver_99 (Ikram)
6. khalil (housmates Ustaz Ismail).
7. hafiz (KUIS)
8. Kak Yati
9. Adibah (student accountancy, Kolej Polytech MARA, Bangi)
10. Cikgu Wani (Bangi, si garang)
11. Husna (wakil YB Bangi, si aerobic)
12. seorang muslimat yang sering ditegur umar pasal serai tapi
apa tah nama dia. LAPES 1 pun dia ada. tak kenal.
Assisted by:
1. Kak Mar (cikgu sekolah)
2. Cik Atikah (cikgu sekolah)
3. mohammad Azhar (ustaz jambang)
Sangat kepenatan melayan bebudak ni... Tapi menjadi bersemangat mengenangkan ia adalah misi yang telah di-assigned kepada kami... Maka dengan penuh berusaha menunaikan tanggungjawab walaupun memang sangat kepenatan... Paling syahdu apabila Kak Yati dan Cikgu Wani membaca sajak yang Indra (TT) post dalam group nih (Credit to Indra, the facilitators were using your post about EMAK)... Sebak gler terutamanya bila Kak Yati sendiri pun mula nangis... Uhuk Uhuk... Hampeh, dengan aku sekali boleh jadik cair...
Saat-saat beess yang lain...
1. Sirat menjelaskan mengenai 25 Rasul. Memang superb aaarr Sirat. Tahniah.
2. Ikram, awat laah hang tak hurai skeeett walaupun basic mengenai sifat-sifat Allah (20 sifat). Nervous ka? Bebudak tu macam blur sket walaupun memang depa hafal dengan sangat baik sifat 20. Sangat bagus ingatan bebudak tu. Hafal dengan memahami dua benda yang berbeza ya. Apapun, tahniah Ikram.
3. umar, ketua faci yang bagus dan ramah dengan bebudak tu. He knows on how to deal with the children where - Im not good with the children. Maaf sekiranya ada kekurangan. Terutamanya masa Fiq cuba menghuraikan apa itu Bethlehem, apa itu Jerusalem, apa itu Holy Land, dan apa itu Palestine dan sejarah Perang Salib (The Crusade). Macam berat plak topic nih. Aaahh, buh jeekk... p/s: Masa sesi ni Sirat keluar gi mana tah ngan Mohamad. Payah nak handle. Ikram plak tak sampai lagi masa ni.
4. Ketika sesi riadah petang. Hahahahaha!!! Rasanya Fiq yang paling tak sabar main-main ngan bebudak nih. Huhu. Faci plak yang melebih-lebih. Tergolek aku main ngan bebudak nih. Syyookk wwwooo main bola ngan dorang...
5. Husna (ardani) handle aerobic. Huhu!!! Bess kan lagu dia. Poco-poco ek?
6. Hafiz memang dasat aarr bila main tepuk-tepuk dengan bebudak niiee... Suka betul bebudak tuh.
7. Cikgu Wani garang (mewarisi Shye). She has showed a good performance.
8. Adibah? No komen.
9. Fiq? Saya menjelaskan proses fotosintesis (peranan karbon dioksida dan oksigen) kepada bebudak group saya. Bess dan seronok. Dan alamak, untuk satu sesi slot tu, tersilap mendengar arahan. Haha... Salah Fiq. Adeh. Ada ke dikata macam cerita pengalaman faci, bukan pengalaman bebudak. Huhu.
p/s: Kesimpulannya, memang beesss.
(laporan kedua dr ana sendiri.umar khalil al palongi)
pagi jumaat lagi aku teringatkan kak mar n kak ismi atikah...huu agak rasa bersalah aku dibuatnye sbb bgtau penarikan diri pd saat akhir.sebab jene keje ujung minggu tu,,aku dah janji nak hadirkan diri ke program tu pd awlnye....aku kol kak ismi..tak dpt,,aku kol kak mar...dia tak angkat....mayb dorg ade class....xpe la..
tumpuan aku kat keje mmg xde,,so aku amik keputusan aku amik cuti stgh hari,,pas jumaat aku terus blik umah...ape yang aku wat,,semua tak kena...ape nak wat ni ek...tgh lepak2 tgk tv,,azrol blik dr kampung,,tanya ckit hal2 kampung,,,pstu bincang dgn dia,,alhamdulillah..dia setuju gantikan aku keje pada hari sabtu n ahad...thanks rol,,
aku terus kol kak mar menyatakan kesediaan aku semula utk berkhidmat dalam lapes 2...pastu aku kol kak yati plak,,sbb nak tumpang dia,,mentang2 la keta aku tak idup roadtax lg..ahaks,,So dgn muka tak malu..aku tumpang la kak yati utk ke cuis...so pemintaan aku diperkenankan oleh puteri dr tawau itu...
kami sampai kat batu muda kul 11 mlm gak la..terus g umah abg pidot(panggilan baru abg firdaus aka khalifah)..bg muslimin tido umah abg pidot..muslimah plak tido umah ismi atikah..hurmm...
soknye plak program lapes 2 bermula...aku bermukadimah utk 1 slot mulanya...aku rasa mcm xde ape pun ,,,mana aura aku ni???hehehe...da jd terlalu santai plak...hurmm xpe la..amik mood jap lg....
pastu pas zohor...satu slot mengabung seluruh kretiviti para fasi...membaca sajak yg TT postkan tu..dimulakan oleh cik wani kita,,,mmg sempoi n gaya keanak2an sesuai utk adik2 yg mendengar puisi itu...dan di rangkap terakhir,,kak yati amik plot tersebut...dr nada yang telus dr hati seorang anak yang berjauhan dr ibunya....sampai ke setiap ati yang mendengarnye...kena plak sirat psang lagu yg syahdu,..mempengaruhi lagi keberkesanannya...kak yati bermula dgn madah yang lembut...ati aku nak nangis ni...aku diamkan diri...dan kak yati ke baris seterusnya...aku ingat mak aku....air mata nak bergelinangan dah,,tp kontrol lagi...dan kak yati teruskan lg,,waaaa,,,empangan mata ku da mula retak...tgk2 da abis..aku tampal retak empangan tu dgn simen istighfar...
pastu slot main2 diwaktu ptg,,,dinamakan slot aulad cergas...budak2 tu suke la...tp perancangan awlnya telah dimusnahkan oleh owl um.....dia tak sbr2 nak main bola dgn budak2 ni...terus tak jadi senam eorobik...ape raa....aku turun dr surau,lor...budak2 dah tak dikawal...penat je aku n sirat download lagu,,cis ko owl,,cis dan cis cis lg.!!!!!
dan aku pun...tak tunggu lama..main bola jaring dgn sirat..mohammad n abg pidot(diulangai,,nama baru utk abg firdaus aka khalifah,,suami kak mardiah,ayah kpd izzah)...best main rebut2 bola tu,,kalahkan org pom main menatang tu...huhuhuhuh....
dan hampir margrib...aku tiupkan wisil,,,dan mereka perlu pergi membersihkan diri masing2..
seusai isyak...slot setrusnya dinamakan cinta rasul...hurmm....disini abg sirat kita memainkan peranan...menyoal peserta nama2 nabi dalam english verse...dan di akhir penutup dan pengulungnya utk slot tu,,aku amik alih bebarapa hadith dan surah aku petik utk mengajak peserta kenali siapa itu rasulullah...tp tak sangka plak,,aku gagal dlm tu,...aku g cite dgn gaya aku berhadapan dgn org2 dewasa,,sdgkan dpn aku semua adalah adik2 comel lg...huhuhu...
dan malam itu post mortem..hurmm...dr situ kita muhasabah....ucapan dr kak mar,,mmg bertenaga dan berselangkan nasihat bergune adanya..thanks kakak...
keesokannya seawal pagi qiamulail start...dan di ikuti subuh menjengah tiba...seusai subuh aulad2 itu dah bersedia utk sertai aulad cergas,,dan...aulad cergas utk senam robik berjaya..bukan sng robik namanya..tp ape ntah...chikcky2x ke ape...husna yang handle,,wakakakakaa....aku tak dpt thn gelak aku...tersenyum je aku dibuatnye..ahaks.....papepun aku tgk aulad2 tu happy...
dipendekan cerita..dah sampai penutup....adik2 disana berjaya tamatkan kursus itu...tahniah utk korg,,,pas zhor...faci keletihan...dan kami bersurai.....
kepada smua guru CUIS,,,,fasilitator2....dikesempatan ini aku meminta ampun dan maaf..jika ade keterlanjuran kepada smua yang terlibat...apekan daya kdg2 kesilapan tu tak disedari..mujese maaf karena....ahaks...dan aku pun balik...
dalam perjalanan blik....mcm2 benda kami borakkan spanjang LAPES...mula g bangi...hnt wani n husna..pastu g pandan..kak yati ckp.."kesian ko umar,..nasib la..semua org ko hantar depan pintu...ko plak naik train..dah la slalu kena marah"huhuhuhu....aku tersengih2 je la..
sampai umah...aku campakkan diri aku ke atas sofa(weii,,umah aku ade sofa weiii,,hahah)..bukak tv...termenung pjg...adakah aku dah berjaya mentarbiah anak2 agamaku?????........
sekian dr..umar khalil al palongi...
Berapa ramai lelaki boleh jadi imam
How very true.. Tak habis2 perempuan mesti pandai masak .. Lelaki macamana??
Macamana nak jadi pemimpin keluarga if tak boleh jadi imam..Kalau kat rumah tak boleh, kat surau or masjid lagi le haru.. silap2 yg berani pun hanya for Zohor & Asar coz tak dengar suara.. NIe belum kira doa lepas solat yg sempurna, azan dsb yg sepatutnya on d guys' fingertips..
Here comes our role as concerned Muslim moms to instill comprehensive (bukan basic aje) Islamic knowledge to our kids.. Esok lusa bila Malaikat Izrail cabut nyawa kita, siapa yg akan mandikan mayat & lead d solat jenazah?? Our own kids or strangers?? Wallahualam..
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang lain.
"Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam."
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!